Tuesday 6 December 2011

STORY BOARD MEMBUAT LAYANG-LAYANG





1. 
-Inilah bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti Pendidikan Seni Pra Sekolah iaitu membina layang-layang yang cantik.
- Bahan-bahannya ialah kertas lembut ( sugar paper – warna hitamnya kelihatan lebih menawan ), kertas warna, lidi. selotep. gunting dan gam.
- Semua bahan ini di sediakan oleh ahli-ahli kumpulan.

2
-Ahli-ahli kumpulan bekerjasama menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan untuk tugasan kali ini.

3
-Langkah pertama untuk aktiviti Pendidikan Seni ini ialah membentuk huruf ‘t’ dengan menggunakan lidi.
-Guru menyediakan bahan penting ini  untuk memastikan hanya lidi yang bersih sahaja digunakan oleh murid.
-Nilai kebersihan dan berhati-hati diterapkan semasa langkah pertama ini.

4
-Lidi dilekatkan ke atas kertas untuk mendapatkan bentuk layang-layang.
-Pelekat diperlukan untuk bahagian ini.

5
-Guru menunjukkan cara melipat kertas untuk membentuk dasar layang-layang.
-Ini merupakan lipatan untuk mendapatkan garisan yang pertama.

6
-Guru telah pun selesai melipat kertas untuk membentuk dasar layang-layang.
- Lipatan segi empat bentuk layang-layang

7
-Lipatan bersama lidi yang diletakkan sebagai dasar badan layang-layang.
- Selepas ini proses menggunting kertas yang dilipat itu.

8
- Proses menggunting kertas yang dilipat itu menjadi bentuk layang-layang.

9
-Kertas warna yang dipotong menjadi jalur ditampal di bahagian tepi layang-layang.
- Murid dilatih agar tidak menggunakan gam yang terlalu banyak kerana boleh mencomotkan kertas selain membazirkan.

10
-Proses menampal bahagian tepi layang-layang.

11
-Layang-layang dihiaskan di keliling bahagian tepi dahulu.
- Hiasan tepi iaitu bahagian sayap dan ekor menggunakan kertas warna yang dipotong jalur

12
-Guru menunjukkan hiasan yang perlu diletakkan ke atas badan layang-layang untuk mencantikkannya

13
-Guru telah memilih layang-layang yang paling cantik dihasilkan oleh murid

14 
-Murid tekun menyiapkan layang-layang dengan bimbingan guru.
-Masing-masing kelihatan berminat kerana layang-layang merupakan sebuah permainan tradisional yang menarik walaupun hampir dilupakan kini

15
Guru membantu murid dalam menghasilkan aktiviti Pendidikan Seni ini.

16
-Murid dibantu dan dibimbing semasa aktiviti ini kerana langkah ini agak mengambil masa

17. 
-Guru membantu murid dalam menghasilkan aktiviti Pendidikan Seni ini.
-Mereka juga digalakkan saling menolong semasa melakukan aktiviti supaya nilai bekerjasama dapat dipupuk.

18. 
-Murid diminta mencuba sendiri menghiaskan layang-layang untuk mencetuskan kreativiti dalam jiwa mereka.

19
-Murid dengan gembira menayangkan layang-layang yang telah dihasilkan.
-Kata-kata pujian guru kepada murid dapat menyemarakkan semangat murid dalam menghasilkan sesuatu.

20
-Layang-layang yang telah siap dibuat oleh murid, dipamerkan di hadapan kelas.
-Ianya sebagai penghargaan kepada murid yang menghasilkan layang-layang yang cantik.

No comments:

Post a Comment